salam ukhuwah,setiap makhluk Allah di muka bumi ini diciptakan dengan sebaik-baik kejadian. Oleh itu, kita wajib mensyukuri setiap nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T. Apa itu tarbiyyah??. Persoalan ini memang bermain di minda saya sejak mula-mula melangkah kaki di bumi UNIMAP ini. Alhamdulillah, saya telah mendapat tarbiyyah di bumi Perlis yang tercinta ini. Datang dari bumi Pahang ke Perlis untuk menuntut ilmu sebagai pelajar kejuruteraan. Tarbiyyah merupakan perkataan Arab yang bermaksud pendidikan. Maksudnya kita ini sedang mendidik diri kita. Tarbiyyah tidak beerti segalanya baik, malah ada juga orang yang menjadikan tarbiyyah mereka itu ke arah yang dimurkai Allah.
Tanpa mengerti apakah tujuan tarbiyyah. Kita akan tidak dapat memahami erti tarbiyyah secara mendalam. Akhirnya kita akan mudah patah semangat dan futur yakni kembali kepada keadaan kita yang sediakala. Dalam dunia tarbiyyah saya, alhamdulillah Allah telah memperkenalkan saya dengan beberapa orang sahabat di bumi Perlis ini. Pada mulanya tidak menyangka semua ini akan berlaku, namun ini semua adalah ketetapan yang telah tercatat dal hidup saya. Alhamdulillah, bumi Perlis inilah yang mengenalkan saya dengan apa itu Tarbiyyah yang sebenarnya. Tarbiyyah Islami yang telah mengajar saya apa itu erti kehidupan yang sebenarnya dan bagaimana kita mahu menjadikan hidup kita ini sentiasa diredhai Allah S.W.T.
Dengan tarbiyyah la, kita belajat dari kesalahan yang lepas untuk menjadi manusia yang mempunyai tujuan hidup dan berusaha menuju kearah tujuan itu.
Hakikatnya, tarbiyyah bukanlah sekadar kita menyertai program-program keagamaan di kampus, menyertai usrah dan ditarbiyyah sehingga kita menjadi hebat. Namun tarbiyyah adalah lebih daripada itu. Dengan tarbiyyah itu sendiri kita mampu bergerak lebih jauh, menjadi lebih matang dan lebih hebat dari yang kita pernah fikirkan.
"Iaitu apabila seluruh jiwa kita dan segala apa yang dilakukan hanyalah untuk Allah, tidak mudah terleka dengan dunia, segala apa yang ada sedia dikorbankan termasuklah waktu, tenaga, harta benda malahan juga nyawa juga sanggup dikorbankan untuk mencapai matlamat manusia diciptakan.
Akhir kata, tarbiyyah bukanlah segalanya, tetapi segalanya bermula dengan tarbiyyah
wallahu'alam
17 november 2013
13 Muharram 1435 H
No comments:
Post a Comment