Saturday 16 November 2013

Tarbiyyah hidupku

salam ukhuwah,setiap makhluk Allah di muka bumi ini diciptakan dengan sebaik-baik kejadian. Oleh itu, kita wajib mensyukuri setiap nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T. Apa itu tarbiyyah??. Persoalan ini memang bermain di minda saya sejak mula-mula melangkah kaki di bumi UNIMAP ini. Alhamdulillah, saya telah mendapat tarbiyyah di bumi Perlis yang tercinta ini. Datang dari bumi Pahang ke Perlis untuk menuntut ilmu sebagai pelajar kejuruteraan. Tarbiyyah merupakan perkataan Arab yang bermaksud pendidikan. Maksudnya kita ini sedang mendidik diri kita. Tarbiyyah tidak beerti segalanya baik, malah ada juga orang yang menjadikan tarbiyyah mereka itu ke arah yang dimurkai Allah.

Tanpa mengerti apakah tujuan tarbiyyah. Kita akan tidak dapat memahami erti tarbiyyah secara mendalam. Akhirnya kita akan mudah patah semangat dan futur yakni kembali kepada keadaan kita yang sediakala. Dalam dunia tarbiyyah saya, alhamdulillah Allah telah memperkenalkan saya dengan beberapa orang sahabat di bumi Perlis ini. Pada mulanya tidak menyangka semua ini akan berlaku, namun ini semua adalah ketetapan yang telah tercatat dal hidup saya. Alhamdulillah, bumi Perlis inilah yang mengenalkan saya dengan apa itu Tarbiyyah yang sebenarnya. Tarbiyyah Islami yang telah mengajar saya apa itu erti kehidupan yang sebenarnya dan bagaimana kita mahu menjadikan hidup kita ini sentiasa diredhai Allah S.W.T.

Dengan tarbiyyah la, kita belajat dari kesalahan yang lepas untuk menjadi manusia yang mempunyai tujuan hidup dan berusaha menuju kearah tujuan itu.

Hakikatnya, tarbiyyah bukanlah sekadar kita menyertai program-program keagamaan di kampus, menyertai usrah dan ditarbiyyah sehingga kita menjadi hebat. Namun tarbiyyah adalah lebih daripada itu. Dengan tarbiyyah itu sendiri kita mampu bergerak lebih jauh, menjadi lebih matang dan lebih hebat dari yang kita pernah fikirkan.

"Iaitu apabila seluruh jiwa kita dan segala apa yang dilakukan hanyalah untuk Allah, tidak mudah terleka dengan dunia, segala apa yang ada sedia dikorbankan termasuklah waktu, tenaga, harta benda malahan juga nyawa juga sanggup dikorbankan untuk mencapai matlamat manusia diciptakan.

Akhir kata, tarbiyyah bukanlah segalanya, tetapi segalanya bermula dengan tarbiyyah

wallahu'alam
17 november 2013
13 Muharram 1435 H

minggu yang penuh dugaan

Next week adalah minggu yang paling mencabar dalam hidup aku setakat ini.Sebagai seorang student tahun dua kejuruteraan, minggu depan, aku akan berhadapan dengan dua test, iaitu Solid mechanics dan Electronics. Kedua-duanya merupakan subjek yang mencabar. Bukan aje test, assignment pun banyak. Dengan assignment TITAS, lab report, dan computer aided design project group. Semua ini membuatkan aku tidak senang duduk la next week. Biasela tu,seorang student memang takkan pernah duduk senang. Ini semua cubaan dari Allah, untuk melihat sejauh mana kita sanggup dengan apa yang diberi. Semoga kita menjadi insan yang berjaya dalam hidup dunia dan akhirat..insya-Allah..amin

Thursday 2 August 2012

aku akan jadi sorg pelajar degree september ney..:)

assalam..setelah hampir 4 bulan aq bercuti,akhirnya aq akn menyambung pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda dlm bidang engineering.Alhamdulillah,aq tlah mndapat ap yg aq inginkn.rasa syukur yg x terhingga kpd Allah SWT kerana mmberi aq peluang utk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tggi.pd 13 julai yg lalu,keputusan UPU tlah pon diumumkan.aq brjaya mndapat tmpat di uniMAP dlm bidang product design engineering.eee..dgr bunyi nye mcm ganas je..hahaha Tp takpela,lgpon mema aq mnat course tu..:)..hehehe.. so.aq msti truskan prjuangan aq..insyaAllah...kalau aq ditakdirkn hidup lagi..pd 2 sept ni aq akn mendaftar sbg pelajar baru..(sinonim ngn orientasi)..haha..kompem la kne raging ngn dax2 senior kt sane..(pengalaman kene raging mse mggu orientasi kt kmph dulu)..hahaha..5 hari tau kne tido lambat..then,kne bgon awl giler kot..kul 4 stgh kne bgn dh..haha..tp mjur mggu orientasi je mcam tuh.. sbg bakal mahasiswa,aq akn brjuang habis2 utk mnjd insan yg brjaya dlm idup dunia dan akhirat..insyaAllah..:) kpd kawan2..jom kite jd insan yg berguna kpd keluarga,msyarakat,bangsa,negara..yg paling penting sekali jd seorang hamba Allah yg berguna..insyaAllah..:)

Friday 16 March 2012

Kahwin Awal

Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi) Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu. 1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran? Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan? 2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja? Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam PTPTN atau dapat biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study, dan juga meminjam PTPTN atau dapat biasiswa. Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin RM50 atau RM100 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa. Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32) 3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan? Sebelum itu, saya mahu tanya. Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Dan tidak perlu sanding-sanding semua tu kerana hukumnya haram jika bersanding depan bukan mahram. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam Islam. Tidak sampai puluh ribu pun. Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani) 4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin? Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman. Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad) 5. Bersediakah saya untuk kahwin awal? Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya. 6. Macam mana dengan restu ibu bapa? Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat. Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa) Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah. Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)

pErkArA yaNg mEmbUaTkAn bEr " cOuPLe" ItU HaRaM

Pada asasnya, hukum bercinta-kasih, berpasangan( couple) atau seumpamanya adalah harus. Akan tetapi terdapat beberapa perkara/tindakan yang boleh menyebabkannya menjadi HARAM. Antaranya : PERTAMA: TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA . Sesebuah perhubungan ˜istimewa" antara seorang lelaki dan wanita seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk berkahwin. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti tersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur, bersuka-suka dan sebagainya. KEDUA: TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMA Lumrah bercouple seakan tidak dapat lari dari aktiviti seperti ber"dating", ber"shoping" dan sebagainya hatta ada yang sampai ke peringkat "membonceng". Tidak kurang juga (tanpa segan silu) menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap "caring" seperti memanggil darling kepada pasangannya. Paling tidak, pasti di dalam pertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya. Semua perlakuan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan. Yang paling penting, apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka wasilah atau tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut diharamkan. Kaedah Fiqh ada menyebutkan : sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia juga menjadi haram. Justeru berdasarkan kaedah ini, maka bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga adalah haram. KETIGA: MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA :'( Apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita muslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki. Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut. Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang wanita. Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaan maruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang di luar batasan. Sebabnya adalah kerana Islam memelihara kehormatan seorang wanita. KEEMPAT: MEMBAZIRKAN WANG KEPADA PERKARA YANG TIDAK WAJAR Di dalam budaya bercouple, biasanya pasangan lelaki akan banyak menghabis duit pinjaman PTPTN, JPA, yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT) atau duit pemberian ibubapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya.Ajak saja dinner, lunch, breakfeast atau bershoping pasti si lelaki yang perlu mengeluarkan duit poketnya. Terdapat juga keadaan di mana si perempuan yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembeliaan kad top-up handset yang out of control. Hanya kerana call untuk tanya khabar, dah makan ke belum, ada yang sanggup mentop up handset mereka beberapa kali dalam seminggu. Cuba bayangkan jumlah wang perlu dibazirkan hanya untuk perkara yang sangat remeh dan tidak perlu. Paling menyedihkan, wang tersebut adalah pemberian keluarga yang seharusnya digunakan bagi tujuan pengajian. Begitu juga wang pinjaman PTPTN, ia adalah hutang yang perlu dibayar selepas tamat pengajian. Justeru, penggunaan kedua-dua jenis wang ini kepada perkara yang tidak wajar adalah tidak harus dan ditegah oleh syarak. Perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta juga adalah amalan syaitan.(Rujuk Al-Israa ayat 27) KELIMA: MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYA Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu kepada perkara yang tidak bermanfaat. Lebih malang lagi, masa yang amat terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual telefon secara marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yang digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan di hadapan Allah. Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan secara total perkara yang dinyatakan di atas. Islam tidak menghalang perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi. Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku daripada kasih sayang dan cinta Allah. (Rujuk kitab al-Halal wal Haram Fil Islam, Dr. Yusuf Al-Qardhawi)